Senam Sihat Madani Merdeka 2026

30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

29 Ogos 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah menyertai Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-69. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 53 orang peserta daripada komuniti setempat. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 telah berlangsung secara serentak di 1,099 buah NADI di seluruh Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mencapai Rekod Malaysia. Program yang diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-69 ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti di NADI Felda Pasoh 3 seperti senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, pakaian beragam dan cabutan bertuah.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat patriotik dalam kalangan komuniti. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh komuniti Felda Pasoh 3 atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Program ini juga menjadi lebih bermakna bersempena sambutan 2 Dekad NADI, iaitu 20 tahun NADI terus berkhidmat dan memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali